course

VIKINGS ASIAN FUTSAL CHAMPIONSHIP 2011 (MEN / WOMEN OPEN)

Kuala Lumpur - Vikings Futsal Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan  Futsal Asia 2011 yang bakal diadakan pada 23 hingga 25 Jun ini. Pada kejohanan  kali ini bakal disertai pasukan terbaik Asia yang terdiri daripada ahli gabungan Vikings Futsal iaitu Malaysia, Sarawak, Australia, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Japan, India, Filipina dan Vietnam.

Dengan adanya kejohanan seperti ini dapat mempertingkat kan lagi mutu permainan futsal di Malaysia disamping melahirkan pemain-pemain yang berpotensi tinggi untuk mewakili pasukan negara suatu hari kelak. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Lelaki dan Wanita melibatkan 150 orang pegawai dan pemain. Kejohanan akan diadakan di Kompleks Sukan Triways, Padang Jawa, Shah Alam mulai jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam. Ini adalah merupakan kejohanan bertaraf antarabangsa yang kedua di anjurkan oleh Vikings Futsal Malaysia selepas menganjurkan Kejuaraan Futsal Dunia 2010 pada Oktober lalu yang disertai pasukan Malaysia, Singapura, Brunei, Australia, China dan New Zealand. Pada kejuaraan lalu pasukan Malaysia lelaki berjaya menjadi juara sulung kejohanan selepas menewaskan pasukan China pada perlawanan akhir, manakala Australia dan New Zealand masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Bagi pasukan wanita pula Malaysia menduduki tempat yang ketiga selepas menewaskan Singapura pada saingan tempat ketiga dan keempat.

Bagi memastikan skuad Vikings Malaysia mengekalkan kejuaraan satu pemilihan terbuka bakal diadakan untuk mencari pemain-pemain yang berbakat besar dalam sukan futsal negara untuk bersaing dalam kejohanan ini. Kepada yang berminat sila hantarkan emel ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my.