course

KEJOHANAN FUTSAL U15 DUN PUCHONG 2012

Puchong - Langkah pertama skuad U15 CF Vikings beraksi pada kejohanan peringkat tempatan menampakkan hasil yang positif. Pasukan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Coach Mohd Yazid dengan disertai seramai 21 orang pelatih dari Puchong, Serdang dan Putrajaya. Mereka terdiri daripada umur 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun, 13 tahun dan 14 tahun, walaupun di usia yang muda semangat serta komitmen yang diberikan oleh setiap pelatih ketika menjalani latihan amat baik. Ini disusuli dengan kerjasama daripada ibu bapa masing-masing yang tidak berbelah bagi dalam pelbagai aspek. CF Vikings bakal menyertai seberapa banyak yang mungkin pada siri kejohanan-kejohanan akan datang dalam memberi pelatih pengalaman serta pendedahan dalam sukan futsal. Bagi mereka yang berminat menyertai pasukan ini boleh menghubungi 0197420122 untuk maklumat lanjut berkaitan program dan latihan yang akan diadakan kelak.
 
Kejohanan futsal bawah 15 terbuka DUN Serdang bertempat di KSL Puchong, bertarikh 15/12/2012
 
Keputusan Peringkat Kumpulan
 
CF Viking VS Sepah Seven FC 1-0
CF Vikings vs Saujana Puchong Fc 4-0
CF Vikings vs E.N.D 3-0
CF Vikings vs SPBI FC 2-1
**Viking muncul johan kumpulan
 
Q-Final CF Vikings VS Remaja Umno Puchong 4-2
 
Semi-Final CF Vikings VS Punai Fc 2-0
 
Final CF Vikings Vs Saujana FC 0-1
**CF vikings kalah di final.