course

CHELSEA FC FOOTBALL TRAINING CAMPS EASTER 2011


5 orang pelatih VFM ditawarkan menyertai Kem Latihan Bolasepak Chelsea FC yang dikendalikan oleh FCI Football Coaching, Chelsea FC dan Vikings Futsal pada 25-28 April depan bertempat di Tasmania, Australia.Antara pelatih yang terpilih adalah :


1. MUHAMMAD ADAM IMRAN BIN ANDY GUNAWAN (7 Tahun)
   (Sekolah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong)


2. MUHAMMAD DANIAL SHAH BIN SHAIFUL AMRI (7 Tahun)
   (Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras)


3. MUHAMMAD FARIS RIDZWAN BIN ANDY GUNAWAN (13 Tahun)
   (Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana, Seri Petaling)


4. AMMAR SYAZWAN B. MOHD ZAIDI (13 Tahun)
   (Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Balakong)


5. AKRAM NABIL B. MAZLAN (13 Tahun)
   (Sekolah Menengah Kebangsaan WANGSA MAJU ZON R1, SEKSYEN 1,
   Wangsa Maju, Kuala Lumpur)


Pelatih-pelatih ini akan diberi tunjuk ajar oleh tenaga jurulatih profesional yang diiktiraf oleh Chelsea FC serta berpeluang bertemu dengan pelatih-pelatih dari negara lain seperti New Zealand dan Australia. Rata-rata pelatih yang terpilih gembira dengan peluang yang diberikan oleh VFM sebagai memenuhi cita-cita untuk bersama dengan kelab bolasepak ternama dunia seperti Chelsea FC. Walaupun kos penerbangan perlu ditanggung oleh pelatih ini namun itu tidak menjadi halangan buat mereka untuk menyertai kem ini kerana peluang sebegini bukan selalu diperolehi. Sebagai persiapan sebelum ke Tasmania, Australia beberapa siri latihan akan diadakan bagi memantapkan lagi fizikal, mental, kecergasan dan kemahiran bagi meningkatkan lagi mutu permainan apabila berada di Tasmania nanti.