course

REAL POWER VIKINGS FUTSAL MINI TOURNAMENT 2011


KUALA LUMPUR - Vikings Futsal Malaysia dengan kerjasama Al Hattami (M) Sdn Bhd selaku pengedar utama minuman tenaga Real Power akan menganjurkan kejohanan mini futsal bermula 17 Okotber ini di Sports Station, Balakong bermula jam 9.00 malam. Kejohanan ini akan diadakan setiap hari Rabu dan Khamis yang akan disertai sebanyak 8 pasukan. Hadiah wang tunai serta minuman Real Power ditawarkan kepada pemenang mingguan. Setiap pasukan akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM90 dan hanya 8 orang sahaja layak mendaftar. Setiap pasukan juga akan diberikan minuman percuma Real Power sebagai sumber tenaga tambahan setelah penat bermain pada setiap perlawanan yang dipertandingkan.

Usahasama ini adalah susulan daripada persediaan Real Power bekerjasama dengan Vikings Futsal Malaysia dalam membangunkan sukan futsal di Malaysia dan Asean melalui program dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Vikings Futsal mulai tahun 2012. Dengan adanya program usahasama ini dapat meringankan lagi bebanan yang akan ditanggung oleh Vikings Futsal Malaysia dalam menguruskan dana untuk pembangunan sukan futsal di Malaysia serta rantau Asean. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi nombor yang tertera dan kepada pasukan yang akan bertanding diucapkan ribuan terima kasih.