course

KURSUS PENGADIL BOLASEPAK (AWALAN) FAS

KURSUS PENGADIL BOLASEPAK (AWALAN) AKAN DIADAKAN MULAI 15HB. HINGGA 24HB. JUN 2012 DI AUDITORIUM, WISMA FAM, KELANA JAYA, PETALING JAYA JAM 8.00 MALAM - 10.00 MALAM. YURAN : RM80.00. TARIKH TUTUP : 13HB. JUN 2012.


Maklumat lanjut berkaitan kursus ini sila emelkan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my

PELUANG MENYERTAI KURSUS AWALAN BOLASEPAK FAS/FAM 2012

Kuala Lumpur : VFM membuka peluang kepada ahlinya di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak dan Sabah untuk menyertai kursus ini yang akan dikendalikan oleh Persatuan Bolasepak Selangor dan Persatuan Bolasepak Malaysia. Kursus ini dijangka akan diadakan pada 15, 16, 22 dan 23 September depan yang bakal disertai seramai 25 orang sahaja. Manakala Ketua Jurulatih Sime Darby FC Ismail Zakaria akan mengendalikan kursus selama 4 hari ini bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Ini adalah merupakan peluang terbaik buat ahli VFM untuk merencana masa depan dalam sukan futsal khususnya serta meningkatkan lagi prestasi diri dalam melatih pemain di peringkat akademi, sekolah, daerah dan kelab. VFM sentiasa memacu ahli-ahlinya maju kehadapan dan ini adalah merupakan misi serta visi VFM berada di Malaysia untuk melahirkan lebih ramai jurulatih terlatih seiring dengan melatih bakat-bakat cilik dengan cara yang betul serta diiktiraf. Kepada mereka yang berminat menyertai kursus ini sila emelkan permohonan anda ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my pada atau sebelum 15 Jun depan sebagai menjamin tempat memandangkan ianya adalah terhad kepada 25 orang peserta sahaja.


KURSUS ASAS TEKNIK FUTSAL PADA 17 JUN DEPAN



Kuala Lumpur - VFM akan menganjurkan Kursus Asas Teknik Futsal pada 17 Jun depan dan mensasarkan seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada golongan warga belia yang berminat dalam sukan futsal. Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta mendalami serta berkongsi maklumat berkaitan teknik asas futsal yang terkini digunakan di negara-negara yang terkenal dengan sukan futsal seperti Brazil dan Sepanyol. Dengan adanya penganjuran seperti ini sedikit sebanyak dapat dipraktik kan didalam sesi latihan atau meningkatkan lagi mutu permainan seseorang.

Kepada yang berminat mereka boleh mengisi borang yang disediakan dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 Jun. Yuran yang dikenakan pada peserta adalah serendah RM80.00 untuk seorang dan setiap peserta akan dibekalkan Baju-T, Modul Kursus dan Sijil Penyertaan. Maklumat lanjut sila hubungi 0197420122 (Faizul Ali Anui) atau emelkan sebarang pertanyaan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my

PENCARIAN PEMAIN UNTUK FC VIKINGS KINI BERMULA

Kuala Lumpur : FC Vikings kini sedang membuka peluang kepada ahli individu/kelab dan juga kepada bukan ahli untuk menyertai skuad BOLASEPAK bagi penyertaan ke Liga Bolasepak Selangor 2012/2013. Penyertaan adalah terbuka kepada pemain yang berumur 18 - 25 ...tahun. Syarat utama penyertaan adalah KOMITED.DISIPLIN.KOMITMEN dimana setiap pemain perlu bersedia menyumbang tenaga dan masa 100% dalam mencapai misi dan visi menyertai Liga Bolasepak Selangor. Untuk maklumat lanjut sila emelkan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my

Penyertaan dibuka sekarang sehingga 15 Jun 2012.


FC VIKINGS TELAH DIDAFTARKAN DIBAWAH PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA

Kuala Lumpur : VFM kini sedang bergerak maju kehadapan dalam merialiasikan impianya menyertai kejohanan-kejohanan bolasepak dan futsal anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Persatuan Bolasepak Negeri. Dengan tertubuhkan kelab ini peluang ahli-ahli VFM untuk mengembangkan bakat mereka diperluaskan lagi agar mereka dapat memnuhi segala impian yang di impikan sebelum ini. VFM amat perihatan dengan ahli-ahli nya untuk sama-sama maju kehadapan bertujuan memajukan sukan itu sendiri. Sebagai langkah permulaan sesi pemilihan pemain akan dilakukan sepanjang Mei dan Jun ini sebagai persiapan pasukan menyertai Liga Bolasepak Selangor 2012/2013 serta Pusingan Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan 2012/2013. Peluang kini sudah terbuka luas buat ahli-ahlinya mempersiapkan diri sebelum menyertai 2 kejohanan yang bakal disertai kelak.


RHYL FC, WALES LANTIK FAIZUL ALI ANUI SEBAGAI DUTA KELAB

Rhyl, Wales - Rhyl FC secara rasminya melantik En. Faizul Ali Anui (CEO VFM) sebagai Duta kelab berkuatkuasa 24 April lalu ketika kunjungan beliau ke Rhyl, Wales. Perlantikan ini adalah berdasarkan kepada Komitmen beliau sepanjang mengendalikan Vikings Futsal di Malaysia sejak 2009 dengan mengadakan pelbagai aktiviti serta program ini termasuklah Kejurulatihan, Pengadil serta Kejohanan diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

Presiden VIFA Mr. Alistair Miller telah mencadangkan kepada pemilik serta ahli lembaga pengarah Rhyl FC untuk melantik beliau sebagai Duta kelab kerana menepati kretiria yang diperlukan kelab berkenaan untuk bergerak seiring dengan kelab-kelab ternama samadada di Wales mahupun di UK. "Peranan sebagai Duta kelab sudah pasti suatu tugas yang amat berat yang perlu di pikul kerana bukan mudah untuk seseorang itu di anugerahkan sebagai Duta. Saya percaya pihak kelab mempunyai misi nya tersendiri dengan perlantikan saya ini dan saya akan gunakan segala pengalaman yang ada untuk membantu kelab dari sudut promosi dan pencarian bakat." kata Faizul Ali Anui.

Penganugerahan beliau dilakukan dihadapan ratusan peminat setia Rhyl FC sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir North Wales Cup bertemu Bongor FC yang menduduki tempat kedua di Liga Perdana Wales. Sijil disampaikan Pengurus Rhyl FC Mr Greg Strong di stadium keramat Belle Vue.




SIRI LATIHAN ELIT DI UK & WALES BERJAYA

London - Peluang yang dimiliki oleh En. Faizul Ali Anui (CEO VFM) digunakan sepenuhnya sepanjang beliau berada di United Kingdom selama 3 minggu bersama-sama dengan skuad Vikings Australia U14. Beliau mengendalikan skuad lelaki bagi menyertai beberapa siri perlawanan futsal dan bolasepak disamping berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa kelab ternama BPL antaranya Manchester United, Liverpool, Manchester City Academy, Everton dan Bolton.

"Saya cukup teruja dan berpuas hati untuk siri kali ini dimana banyak ilmu dan pengajaran saya perolehi sepanjang berada disini. Yang penting waktu ini adalah belajar bagaimana kelab-kelab disini mentadbir dari aspek pengurusan, kewangan, stadium, akademi dan sebagainya untuk menjadi lebih hebat dan ternama dalam melahirkan kualiti terbaik pada setiap perlawanan liga disini." ulas Faizul Ali Anui.

Peluang kini sudah terbuka luas buat ahli-ahli VFM untuk bergerak lebih jauh serta berpeluang untuk mendekati kelab-kelab ternama BPL dengan dekat menerusi siri Latihan dan Lawatan ke UK & Wales pada April 2013.