course

RHYL FC, WALES LANTIK FAIZUL ALI ANUI SEBAGAI DUTA KELAB

Rhyl, Wales - Rhyl FC secara rasminya melantik En. Faizul Ali Anui (CEO VFM) sebagai Duta kelab berkuatkuasa 24 April lalu ketika kunjungan beliau ke Rhyl, Wales. Perlantikan ini adalah berdasarkan kepada Komitmen beliau sepanjang mengendalikan Vikings Futsal di Malaysia sejak 2009 dengan mengadakan pelbagai aktiviti serta program ini termasuklah Kejurulatihan, Pengadil serta Kejohanan diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

Presiden VIFA Mr. Alistair Miller telah mencadangkan kepada pemilik serta ahli lembaga pengarah Rhyl FC untuk melantik beliau sebagai Duta kelab kerana menepati kretiria yang diperlukan kelab berkenaan untuk bergerak seiring dengan kelab-kelab ternama samadada di Wales mahupun di UK. "Peranan sebagai Duta kelab sudah pasti suatu tugas yang amat berat yang perlu di pikul kerana bukan mudah untuk seseorang itu di anugerahkan sebagai Duta. Saya percaya pihak kelab mempunyai misi nya tersendiri dengan perlantikan saya ini dan saya akan gunakan segala pengalaman yang ada untuk membantu kelab dari sudut promosi dan pencarian bakat." kata Faizul Ali Anui.

Penganugerahan beliau dilakukan dihadapan ratusan peminat setia Rhyl FC sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir North Wales Cup bertemu Bongor FC yang menduduki tempat kedua di Liga Perdana Wales. Sijil disampaikan Pengurus Rhyl FC Mr Greg Strong di stadium keramat Belle Vue.