course

PERANCANGAN AKAN DATANG DI MALAYSIA KHUSUS KEPADA KELAB FUTSAL DI LEMBAH KLANG




PERANCANGAN AKAN DATANG DI MALAYSIA
KHUSUS KEPADA KELAB FUTSAL DI LEMBAH KLANG

Syarat Utama :

1. Berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan, Malaysia
2. Mempunyai Kemampuan Kewangan
3. Memiliki Gelanggang Futsal Tertutup*
4. Komited Dalam Penyertaan MFL

*Mempunyai fasiliti yang lengkap termasuk tempat duduk penonton, ruang bangku simpanan, bilik persalinan, bilik rawatan kecemasan, keluasan gelanggang 40m x 20m, permukaan gelanggang yang diluluskan JK Teknikal, Pengcahayaan lampu yang terang, Ciri kawalan keselamatan (pasukan & penonton), mempunyai "Score Board Digital", Penyediaan Tukang Cuci dan Ball Picker. (Lain-lain keperluan akan dimaklumkan didalam Peraturan & Statut Pertandingan)

Pertandingan bakal dianjurkan pada November 2013 hingga Mei 2014 (Piala Liga & Piala Malaysia). Antara kategori yang dipertandingkan adalah Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka dan Remaja Lelaki & Wanita (U18). Bagi Kategori U17 & U12 akan dianjurkan secara bermusim berdasarkan kepada Cuti Persekolahan. Setiap kelab yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menjadi Ahli Gabungan Futsal Malaysia bagi tujuan pemilihan pemain bagi kejohanan seperti Piala Dunia AMF (Lelaki & Wanita), Piala Dunia Remaja AMF (Lelaki & Wanita), Piala Kelab-Kelab Dunia/Asia AMF (Lelaki & Wanita), Piala AMF ASIA (Lelaki & Wanita), Piala Remaja AMF ASIA (Lelaki & Wanita) serta banyak lagi kejohanan peringkat antarabangsa yang bakal disertai.

Keistimewaan pertandingan ini setiap kelab boleh mendaftarkan seramai 15 orang pemain Tempatan (berumur 17 tahun keatas) dan 5 orang pemain Import (yang diluluskan oleh JK Pertandingan) berdaftar secara sah di Malaysia samada yang bekerja atau menuntut dimana-mana universiti dengan syarat melebihi 2-3 tahun berada di Malaysia. Hanya 3 orang pemain Import sahaja dibenarkan bermain dalam satu-satu perlawanan yang dipertandingkan.

Bagi kelab yang berminat mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh berhubung melalui emel di futsalmalaysian@gmail.com