course

KURSUS ASAS KEJURULATIHAN FUTSAL TAHAP 0 (ASAS) - ZON UTARA


Vikings Futsal Malaysa (VFM) dengan kerjasama MY Futsal Sdn Bhd akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Futsal Tahap 0 (Asas) bagi Zon Utara seperti  Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kursus ini akan diadakan di MY Futsal, Ipoh pada 2-3 April ini mulai jam 9.00 pagi hingga 5 petang.


Kursus ini adalah terbuka kepada lelaki dan wanita warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan keatas. Yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak RM200 (tidak termasuk yuran keahlian VFM) untuk setiap peserta yang ingin menyertai kursus ini. Antara subjek yang akan diberikan ketika kursus adalah seperti Latihan Pemanas Badan, Latihan Kecergasan, Latihan Asas Kawalan Bola, Latihan Asas Hantaran Bola, Latihan Asas Gelecek Bola, Latihan Asas Penjaga Gol dan Latihan Kemahiran Futsal Individu.


Setiap peserta yang berjaya menamatkan kursus ini akan di tawarkan menjadi jurulatih sambilan Akademi Gol Brasil di komuniti masing-masing. Jurulatih yang terbaik akan diberi peluang melatih skuad elit bagi menghadapi kejohanan di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa. Jika berminat menyertai kursus ini anda boleh menghubungi wakil VFM Perak melalui talian 019-5738301 (Tuan Haji Razak), 013-5173571 (En. Razly), 012-5002079 (En. Kumar) dan 019-6601897 (Rozlin Othman). Permohonan juga boleh dibuat melalui email VFM iaitu vikingsmalaysia@yahoo.com.my sebelum atau pada 29 Mac 2011.