KURSUS ASAS KEJURULATIHAN FUTSAL TAHAP 0
KUALA LUMPUR - Vikings Futsal Malaysia bakal mengadakan Kursus Asas Kejurulatihan Futsal Tahap 1 pada November depan dengan menyasarkan seramai 20 orang peserta. Kursus selama 2 hari ini akan menitik beratkan aspek latihan diperingkat asas dalam membangunkan sukan futsal di komuniti masing-masing. Sasaran utama kursus ini adalah individu, pemilik akademi futsal, guru-guru, kakitangan awam dan swasta. Setiap peserta akan dikenakan yuran kursus sebanyak RM150 dan sesi pembelajaran akan dibahagikan kepada 2 iaitu Teori dan Praktikal.
Kompleks Rakan Muda Puchong akan menjadi lokasi penganjuran kursus ini memandangkan ianya mempunyai kemudahan yang amat baik, antaranya Bilik Kuliah, Surau, Gelanggang Futsal, Bilik Penginapan dan sebagainya. Kepada anda yang berminat menyertai kursus ini boleh menghubungi 017-2237945 Rozlin untuk membuat pendaftaran.