Kuala Lumpur - Pada 28 November hingga 4 Disember lalu seramai 33 orang pemain, pegawai dan penyokong dari Vikings Futsal Australia telah mengadakan siri lawatan nya ke Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara kedua-dua negara dalam mengembangkan sukan futsal. Kehadiran mereka juga turut mencakupi lawatan ke Menara Berkembar Petronas KLCC, Menara KL, Taman Cahaya I-City, Batu Cave serta Suria KLCC.
Lawatan ini juga digunakan sebaik yang mungkin untuk mereka beraksi dengan pasukan futsal tempatan seperti Pasic KL, MPSJ FC dan Selangor. Hasil daripada pertemuan ini skuad Australia berjaya menewaskan skuad Pasic KL menerusi 2 perlawanan, tewas kepada MPSJ FC dan Selangor dimana skuad Australia ini dibarisi pemain berumur dari 10 tahun hingga 15 tahun. Walaupun tewas mereka tetap berpuashati dengan kesemua perlawanan yang diadakan dan berharap mereka akan kembali semula ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pasukan futsal tempatan.
Vikings Futsal Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Vikings Futsal Australia kerana sudi datang ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan ilmu dan mesej kepada peminat-peminat sukan futsal di Malaysia.