London - Peluang yang dimiliki oleh En. Faizul Ali Anui (CEO VFM) digunakan sepenuhnya sepanjang beliau berada di United Kingdom selama 3 minggu bersama-sama dengan skuad Vikings Australia U14. Beliau mengendalikan skuad lelaki bagi menyertai beberapa siri perlawanan futsal dan bolasepak disamping berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa kelab ternama BPL antaranya Manchester United, Liverpool, Manchester City Academy, Everton dan Bolton.
"Saya cukup teruja dan berpuas hati untuk siri kali ini dimana banyak ilmu dan pengajaran saya perolehi sepanjang berada disini. Yang penting waktu ini adalah belajar bagaimana kelab-kelab disini mentadbir dari aspek pengurusan, kewangan, stadium, akademi dan sebagainya untuk menjadi lebih hebat dan ternama dalam melahirkan kualiti terbaik pada setiap perlawanan liga disini." ulas Faizul Ali Anui.
Peluang kini sudah terbuka luas buat ahli-ahli VFM untuk bergerak lebih jauh serta berpeluang untuk mendekati kelab-kelab ternama BPL dengan dekat menerusi siri Latihan dan Lawatan ke UK & Wales pada April 2013.