JURULATIH BERTAULIAH : Peluang memiliki Sijil Kejurulatihan AFC "C" dengan menyertai Kursus Awalan Bolasepak FAS/FAM |
Kuala Lumpur : VFM meneruskan misi untuk melahirkan tenaga jurulatih bertauliahnya melalui program usahasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan Persatuan Bolasepak Selangor. Tawaran terbuka kepada ahli gabungan VFM yang berumur 35 tahun kebawah lelaki dan wanita serta mempunyai pengalaman bermain bolasepak atau futsal.
Kursus kali ini akan diadakan pada 29 September hingga 2 Oktober bertempat di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Bagi mereka yang berminat menyertai kursus ini boleh menghantar emel ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my dengan setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 sahaja seorang. VFM sentiasa perihatin dalam membangunkan sukan bolasepak khususnya futsal dimana setiap jurulatih ini akan diajar selok belok kejurulatihan serta teknik-teknik yang betul dalam melakukan sebarang bentuk latihan.
Pengakhiran kursus ini tidak berakhir hanya di peringkat awalan sahaja dimana jurulatih yang aktif dan terpilih akan ditawarkan menduduki Sijil Kejurulatihan AFC "C" dan seterusnya. Tarikh akhir permohonan adalah pada 20 September depan beserta borang dan yuran penyertaan.