course

SAIZ GELANGGANG FUTSAL AMF




INFO

Ini adalah ukuran saiz gelanggang futsal yang diiktiraf Persatuan Futsal Dunia (AMF) dimana "Corner Arc" tidak ada dan ukuran maksimum adalah 40m x 20m

"This is a measure of the size of the recognized futsal World Futsal Association (AMF) in which no "Corner Arc" and the maximum size is 40m x 20m"

TATACARA PEMAKAIAN PENGADIL FUTSAL AMF



INFO

Ini adalah merupakan tatacara pemakaian Pengadil Futsal AMF. Ianya jelas amat berbeza dengan Pengadil Futsal FIFA.

"This is the application procedure AMF Futsal Referee. It is clearly very different from the FIFA Futsal Referee."



OFFICIALS AMF ASIA COMMITTEE MEMBERS 2013




OFFICIALS AMF ASIA COMMITTEE MEMBERS 2013/2017
TAIPEI, TAIWAN

Chairman : Mr. Chang Chan-Wei (Taiwan)
Vice Chairman : Mr. Namdev Shirgaonkar (India)
Vice Chairman : Mr. Ronnie Lee (Singapore)
Secretary General : Mr. Chang Chao-Lu (Taiwan)
Financial Manager : Mr. Chen Chun-Hao (Taiwan)
Alternate Vice Chairman : MR. FAIZUL ALI ANUI (MALAYSIA)
Alternate Vice Chairman : Mr. Francis Lee (Singapore)
Committee Member : Mr. Louis Manuel (Macau)
Committee Member : MR. AWANG ZAIFULIZAN (MALAYSIA)
Committee Member : Mr. Shirgaonkar Vitthal (India)

AMF ASIA ASSOC COUNTRY :

1. VIETNAM
2. MACAU
3. SINGAPORE
4. MALAYSIA
5. JAPAN
6. INDIA
7. CHINESE TAIPEI (TAIWAN)






DELEGASI PERSIDANGAN FUTSAL ASIA DIBAWA MELAWAT KE SEBUAH KOLEJ FIZIKAL






Kesemua deligasi dibawa melawat salah sebuah kolej yang ditubuhkan oleh Kerajaan

Taiwan khusus dalam Pembangunan Fizikal untuk semua jenis sukan termasuk Futsal.

Pada sebelah tengahari pula deligasi dibawa bertemu dengan Datuk Bandar Taipei iaitu 

Mr. Lung-Bin Hau dalam merapatkan lagi hubungan dikalangan ahli gabungan AMF dan 

kerajaan Taipei.

MALAYSIA BAKAL SERTAI PERSATUAN FUTSAL DUNIA (AMF)


Malaysia akan menjadi ahli gabungan Asociacion Mundial de Futsal (AMF) bermula sessi 2013 dalam mencapai usaha memajukan sukan futsal di Malaysia sebaris dengan negara ternama dunia dalam sukan futsal seperti Brasil, Sepanyol, Ecuador, Colombia, Argentina, Paraguay, Uruguay dan lain yang bernaung dibawah AMF.

Ini adalah merupakan peluang dan ruang yang terbaik untuk melahirkan jaguh-jaguh futsal negara dalam bersaing dengan kuasa besar futsal dunia dimana Malaysia akan menghantar beberapa orang jurulatih serta pegawai teknikal untuk diberi latihan khusus dalam futsal yang akan dianjurkan oleh AMF. Begitu juga dengan kejohanan-kejohanan yang bakal disertai kelak dimana kualiti serta mutu permainan yang ditonjolkan oleh pasukan gabungan AMF amat berbeza sekali dengan kejohanan yang dianjurkan oleh FIFA.


Harapan kini disandarkan kepada penggerak utama Vikings Futsal Malaysia dan Borneo dalam memastikan program serta aktiviti yang dianjurkan oleh AMF dapat disertai 100% dimasa-masa akan datang. Usaha berterusan akan dilaksanakan agar segala mesej dan misi AMF dapat disampaikan terus kepada penggiat sukan futsal di Malaysia.






PELUANG MEWAKILI VIKINGS MALAYSIA KE KEJOHANAN DUNIA WANITA AMF 2013, COLUMBIA

VFM kini mempelawa kepada mana-mana individu yang berumur 18 tahun dan keatas WANITA yang berminat menyertai kejohanan yang akan diadakan pada 23-24 Februari depan bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong sebagai medan ujian... pemilihan pemain bagi menyertai KEJOHANAN DUNIA WANITA AMF 2013 yang akan dilangsungkan di Columbia penghujung tahun ini. Kepada yang berminat sila berhubung melalui butiran yang terdapat didalam poster yang dipamerkan.

Sasaran penyertaan adalah seramai 80 orang peserta sahaja dan setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM60 seorang termasuk penginapan, makanan dan minuman, latihan dan perlawanan.





AMF WOMEN WORLD CUP 2013 : AUSTRALIAN WOMENS WORLD CUP SQUARD NAMED


The preliminary squad for the Women's World Cup to be held in Columbia this November was today announced by Head Coach Mike Bushe. The squad was selected from the just played National Titles played in Sydney. 


 They will attend a training camp in Sydney Friday 22nd February to Sunday 24th where the final team will be selected. In preparation for the World Cup there will be further camps in April,August and October , a series of games against New Zealand and a training camp and games in the USA before moving on to Columbia.

 This year's World Cup will see 16 teams take part over a week long tournament representing Europe, Africa,Asia, Oceania and North and South America.

AMF , the international futsal organisation, have also announced the under 20's men's World Cup for Spain next year and the men's World Cup for Russia in 2015 .


VIKINGS JUNIOR NATIONAL CHALLENGES 2013

BERITA TERKINI VFM

VFM dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling akan mengadakan program khusus Pembangunan Sukan Futsal khas buat pelatih-pelatih yang berumur di bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki yang akan disertai seramai... 80 orang. Program ini akan dikendalikan oleh 8 orang tenaga pengajar yang terlatih dan diiktiraf penglibatan mereka dalam sukan futsal antaranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Vikings International Futsal Association, Australia (VIFA) dan Australian Futsal Association (AFA).

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi latihan secara efektif dalam melahirkan bakat-bakat muda untuk mewakili pasukan CF Vikings samada di kejohanan liga tempatan ataupun antarabangsa disamping itu juga, pembelajaran di dalam kelas juga akan turut dimuatkan sebagai persediaan awal sebelum menyertai latihan di gelanggang. Antara aspek pembelajaran didalam kelas adalah lebih tertumpu kepada modul latihan teknikal dimana ianya bertujuan memastikan agar setiap pelatih ini faham dan mahir tentang sukan futsal itu sendiri.

LOVE THIS FUTSAL


KEJOHANAN FUTSAL U15 DUN PUCHONG 2012

Puchong - Langkah pertama skuad U15 CF Vikings beraksi pada kejohanan peringkat tempatan menampakkan hasil yang positif. Pasukan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Coach Mohd Yazid dengan disertai seramai 21 orang pelatih dari Puchong, Serdang dan Putrajaya. Mereka terdiri daripada umur 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun, 13 tahun dan 14 tahun, walaupun di usia yang muda semangat serta komitmen yang diberikan oleh setiap pelatih ketika menjalani latihan amat baik. Ini disusuli dengan kerjasama daripada ibu bapa masing-masing yang tidak berbelah bagi dalam pelbagai aspek. CF Vikings bakal menyertai seberapa banyak yang mungkin pada siri kejohanan-kejohanan akan datang dalam memberi pelatih pengalaman serta pendedahan dalam sukan futsal. Bagi mereka yang berminat menyertai pasukan ini boleh menghubungi 0197420122 untuk maklumat lanjut berkaitan program dan latihan yang akan diadakan kelak.
 
Kejohanan futsal bawah 15 terbuka DUN Serdang bertempat di KSL Puchong, bertarikh 15/12/2012
 
Keputusan Peringkat Kumpulan
 
CF Viking VS Sepah Seven FC 1-0
CF Vikings vs Saujana Puchong Fc 4-0
CF Vikings vs E.N.D 3-0
CF Vikings vs SPBI FC 2-1
**Viking muncul johan kumpulan
 
Q-Final CF Vikings VS Remaja Umno Puchong 4-2
 
Semi-Final CF Vikings VS Punai Fc 2-0
 
Final CF Vikings Vs Saujana FC 0-1
**CF vikings kalah di final.


FIESTA FUTSAL GELOMBANG MERAH NEGERI KEDAH 2012

 
 
KUALA LUMPUR 9 Nov -- Fiesta Futsal Gelombang Merah Negeri Kedah 2012 (FFGM) bakal menggegarkan negeri itu pada 23-24 Novemberi ini dengan penyertaan yang dijangkakan melebihi 100 pasukan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata fiesta berkenaan yang dianjurkan bersama gabungan 30 badan pertubuhan bukan kerajaan negeri berkenaan turut dihiasi dengan pelbagai acara sampingan lain.
 

PELUANG MENYERTAI KURSUS KEJURULATIHAN FUTSAL DIBAWAH KENDALIAN VFM


Kuala Lumpur - VFM membuka peluang kepada mereka yang berminat menyertai kursus asas kejurulatihan futsal yang akan diadakan pada 17 & 18 November 2012 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Kursus ini terbuka kepada mereka yang berminat lelaki dan wanita di seluruh Malaysia. Sebarang permohonan boleh dibuat dengan menyertakan permohonan melalui emel ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my. Sasaran penyertaan adalah mereka yang berminat untuk mendalami asas teknik sukan futsal disamping mendalami sukan itu sendiri. Kursus ini diadakan bertujuan sebagai pendedahan serta melahirkan pemain dan jurulatih yang berkaliber dalam membangunkan sukan futsal di Malaysia. Antara modul latihan yang disediakan adalah seperti asas futsal, teknik, kemahiran individu, kecergasan dan "game of play".
 
Kursus ini akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Puchong, Pejabat Daerah Belia & Sukan Petaling. Bagi mereka yang berminat boleh hubungi 0197420122 untuk makluman lanjut. Untuk makluman orang ramai kursus ini tiada kaitan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahupun Persatuan Bolasepak Negeri (FA). Kursus dianjurkan oleh Kelab Bolasepak Vikings (PJS 5330/2012) dan Vikings MY Futsal Management.

VIKINGS FUTSAL STADIUM OFFICIALLY OPENS

NEW STADIUM: Miller cuts the ribbons to declare open the Vikings Futsal Stadium yesterday while Lau (second left), Razali (left) and Fuad look on. — Photo by Harry Illias

KUCHING: Futsal enthusiasts in Kuching now have an alternative venue to play the game following the opening of Vikings Futsal Stadium in Matang yesterday. The new state-of-the art facility which is located only 50m from Jalan Matang-Batu Kawa and Jalan Matang traffic junction is the product of five years of collaboration between Uhsports Sdn Bhd and Vikings Futsal Association Australia. The stadium which houses four courts is equipped with Stardlex Gridcourt Interlock flooring which is the first of its kind in Kuching and recognised by Brazilian Futsal Confederation and Chinese Football Association.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/10/13/vikings-futsal-stadium-officially-opens/#ixzz29RcP0hnQ

PELUANG MENYERTAI KURSUS ANJURAN PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR DAN FAM

KURSUS PENGADIL BOLASEPAK

Kursus Pengadil Awalan (untuk mereka yang berminat untuk menjadi seorang pengadil bolasepak) akan di adakan mulai 5hb. hingga 9hb. November 2012 jam 8.00 hingga 11.00 malam di Pejabat Persatuan Bolasepak Selangor, Tingkat 2-27, Yayasan FAS Business Avenue, Kelana Jaya, Petaling Jaya. Yuran kursus adalah RM 80.00. Mereka yang berminat, sila dapatkan borang dan daftar di Pejabat Persatuan Bolasepak Selangor sebelum 31.10.2012. Terima kasih.

KURSUS KEJURULATIHAN AFC LESEN C (BOLASEPAK)

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Jurulatih Lesen C, boleh memohon dari sekarang. Kursus akan diadakan selama 2 minggu pada bulan November 2012 (lepas cuti awal Muharam). Yuran RM600.00. Hanya 25 orang peserta saja akan mengikuti kursus ini. Tujoh (7) peserta telah sahkan penyertaannya. Terima kasih.

Sebarang maklumat lanjut sila emelkan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my