Malaysia akan menjadi ahli gabungan Asociacion Mundial de Futsal (AMF) bermula sessi 2013 dalam mencapai usaha memajukan sukan futsal di Malaysia sebaris dengan negara ternama dunia dalam sukan futsal seperti Brasil, Sepanyol, Ecuador, Colombia, Argentina, Paraguay, Uruguay dan lain yang bernaung dibawah AMF.
Ini adalah merupakan peluang dan ruang yang terbaik untuk melahirkan jaguh-jaguh futsal negara dalam bersaing dengan kuasa besar futsal dunia dimana Malaysia akan menghantar beberapa orang jurulatih serta pegawai teknikal untuk diberi latihan khusus dalam futsal yang akan dianjurkan oleh AMF. Begitu juga dengan kejohanan-kejohanan yang bakal disertai kelak dimana kualiti serta mutu permainan yang ditonjolkan oleh pasukan gabungan AMF amat berbeza sekali dengan kejohanan yang dianjurkan oleh FIFA.
Harapan kini disandarkan kepada penggerak utama Vikings Futsal Malaysia dan Borneo dalam memastikan program serta aktiviti yang dianjurkan oleh AMF dapat disertai 100% dimasa-masa akan datang. Usaha berterusan akan dilaksanakan agar segala mesej dan misi AMF dapat disampaikan terus kepada penggiat sukan futsal di Malaysia.