course

KURSUS ASAS PENGADIL FUTSAL, PERSATUAN FUTSAL DUNIA (AMF)





VFM dengan kerjasama Futsal Association (Singapore) dan World Futsal Association (AMF) ASIA akan menganjurkan "SEMINAR UNDANG-UNDANG FUTSAL AMF" yang bakal diadakan pada :

TARIKH : 24, 25 & 26 MEI 2013

LOKASI : KUALA LUMPUR

Tujuan utama penganjuran adalah untuk memperkenalkan undang-undang futsal yang telah dipraktikkan oleh World Futsal Association (AMF) sejak 1965 dan diamalkan sehingga kini. AMF adalah satu-satunya PERSATUAN FUTSAL TERTUA DIDUNIA yang dianggotai lebih 40 buah negara seluruh dunia. Malaysia kini sudah disahkan keahlianya menjadi Ahli Gabungan AMF pada 12 April yang lalu di Taipei, Taiwan apabila 2 orang anak Malaysia telah dipilih menjadi PENGASAS PERSATUAN FUTSAL ASIA yang dianggotai 7 buah negara Asia iaitu TAIWAN, SINGAPORE, MACAU, VIETNAM, INDIA, MALAYSIA & JAPAN.

Saudara Faizul Ali Anui (Pengasas VFM) telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Bersekutu AMF ASIA dan Saudara Awang Zaifulizan Abdul Rahman (Ketua Pegawai Operasi VFM Sarawak/Borneo) juga dipilih sebagai Jawatankuasa Eksekutif AMF Asia. Mereka berdua akan menyandang jawatan ini untuk tempoh sah selama 4 tahun berkuatkuasa 12 April lalu. Sehubungan dengan itu, pelbagai program akan diatur dalam memastikan aktiviti AMF dapat berkembang pesat di Malaysia khususnya dan ASEAN amnya. Tanggungjawab yang dipikul sudah pasti menjadi keutamaan dalam membawa nama Malaysia dimata dunia melalui sukan Futsal.

Sebagai permulaan pengenalan kepada badan sukan futsal tertua didunia, khusus buat peminat sukan futsal tanahair maka wujudlah penganjuran seminar yang julungkali diadakan ini walaupun ianya sukar difahami namun ianya amat mudah dipraktikan oleh peminat sukan futsal di Malaysia. AMF adalah merupakan pesaing kepada FIFA FUTSAL kerana kebanyakan negara di LATIN & EROPAH sudah mula beralih arah dengan membuat keputusan bernaung dibawah AMF, bukan lagi dengan FIFA yang lebih MENGUTAMAKAN sukan BOLASEPAK daripada FUTSAL.

Ingin ditegaskan disini AMF adalah badan sukan futsal tunggal didunia dan FIFA adalah merupakan badan sukan yang mengutamakan bolasepak dan menjadikan futsal serta bolasepak pantai cabang kepada aktiviti FIFA. Berbicara tentang undang-undang sukan futsal pula sudah pasti ianya amat berbeza diantara kedua badan sukan induk ini. Namun di Malaysia ianya akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat mengikut fasa yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Penaja Futsal Malaysia.

Bagi mereka yang berminat menyertai seminar ini sila berhubung melalui emel ke futsalmalaysian@gmail.com

"FUTSAL4EVER"
"LOVE THIS FUTSAL"