course

PELUANG MENJADI PENGADIL FUTSAL AMF PERTAMA DI MALAYSIA




BERITA TERKINI !!

TAWARAN INI TERBUKA KEPADA MEREKA YANG BERMINAT MENJADI PENGADIL FUTSAL NAUNGAN PERSATUAN FUTSAL DUNIA (AMF)

Malaysia buat pertama kalinya akan melatih, mendidik serta melahirkan ramai pengadil futsal muda untuk menjadi pengadil yang bertauliah dibawah naungan PERSATUAN FUTSAL DUNIA (AMF). Pada peringkat awal akan diadakan SEMINAR UNDANG-UNDANG FUTSAL AMF pada 24, 25 dan 26 Mei depan bertempat di Kuala Lumpur yang akan disertai 30 orang peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei. Negara-negara terlibat adalah sebahagian daripada Ahli Gabungan AMF ASIA yang telah ditubuhkan pada 12 April yang lalu bertempat di Taipei, Taiwan.

Peluang kini terbuka buat mereka yang berminat menjadi pengadil futsal AMF dan akan di beri latihan intensif dari masa ke semasa sehingga ke tahap dunia. Kepada mereka yang ingin menjadi pengadil terawal AMF, ini lah masa dan tempatnya memandangkan Malaysia akan mempunyai Liga Futsal yang menumpukan kepada undang-undang AMF

Mereka yang berminat sila emel ke futsalmalaysian@gmail.com