course

VIKINGS SCHOOLS CHAMPIONSHIP 2011



Kuala Lumpur - Vikings Malaysia akan menganjurkan kejohanan futsal bagi kategori pelajar sekolah peringkat umur 12 tahun dan 17 tahun kebawah bersempena dengan cuti persekolahan akhir tahun. Kejohanan ini akan dibuka untuk kategori lelaki dan perempuan dengan sasaran 12 pasukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Kejohanan ini akan diadakan pada 12 November bermula dari jam 9.00 pagi bertempat di Sports Station, Balakong (berhampiran pasaraya Econsave dan JUSCO). Tujuan utama penganjuran adalah untuk mempromosikan program dan aktiviti VFM kepada pelajar-pelajar sekolah yang berminat dalam sukan futsal disamping mempelajari selok belok perkara berkaitan sukan futsal. Bagi pasukan yang berminat mendaftar boleh berhubung terus dengan pihak VFM ditalian 010-5480480 / 019-2237945 atau daftar terus secara online dilaman blog VFM http://vikingsmalaysia.blogspot.com atau emelkan permohonan anda ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my. Yuran penyertaan akan dikenakan adalah sebanyak RM40 (U12) dan RM80 (U17) serta hadiah wang tunai menanti pemenang kejohanan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kuala Lumpur - Malaysia will host the Vikings futsal tournament for school students of ages 12 years and 17 years and under in conjunction with year-end holidays. This tournament will be open to male and female categories with a target of 12 teams competed in each category. This tournament will be held on November 12 from 9.00 am at the Sports Station, Melbourne (near supermarkets Econsave and JUSCO). The main purpose of the organization is to promote programs and activities VFM to students who are interested in the sport of futsal as well as learn the Futsal sports-related matters. For teams interested in registering can contact directly with the VFM online 010-5480480 / 019-2237945 or via online check VFM http://vikingsmalaysia.blogspot.com backend blog or email your request to vikingsmalaysia@yahoo.com.my. Registration fee of RM40 will be charged the (U12) and RM80 (U17) and a cash prize awaits the winner of the tournament.