course

KURSUS ASAS KEJURULATIHAN FUTSAL TAHAP 0 (19 & 20 NOV 2011)


VFM telah menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Futsal Tahap 0 pada 19 & 20 NOV 2011 bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong. Kursus yang kali kedua diadakan pada tahun 2011 ini telah disertai seramai 12 orang peserta dari serata negeri seperti Selangor, Johor, Pahang, Perak dan juga Kelantan berjaya menyertai kursus 2 hari ini. Peserta telah didedahkan dengan pengenalan tentang VFM berserta asas kejurulatihan futsal yang disampaikan sendiri oleh CEO VFM iaitu En Faizul Ali Anui. Tahniah kepada para peserta.