course

VIKINGS FUTSAL ASEAN INTERNATIONAL TOUR 2012

VIKINGS AUSTRALIA BOYS MALAYSIA TOUR 2011




Kuala Lumpur - Vikings Futsal Australia Lelaki juga tidak ketinggalan mengadakan siri lawatan nya ke Malaysia tetapi di Kuching, Sarawak. Mereka terdiri dari pada 75 orang peserta yang terdiri daripada pemain, pegawai dan penyokong pasukan. Mereka juga turut dibawa melawat di kawasan bersejarah di Kuching, Sarawak disamping menyertai siri perlawanan khas yang juga menampilkan pasukan-pasukan tempatan.

Deligasi ini di uruskan oleh Vikings Futsal Malaysia (Sarawak) yang diketuai Ketua Pegawai Operasi VFM En. Awang Zaifulizan Abdul Rahman beserta 6 orang pegawai bagi melancarkan lagi sesi lawatan. Kebanyakan peserta rombongan ini adalah pertama kali datang ke Malaysia khusus nya bandaraya Kuching, Sarawak. Hasilnya pada bulan Jun depan Vikings Futsal Australia akan datang semua ke Kuching, Sarawak bagi menyertai siri lawatan yang seterusnya.

Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan diantara kedua-dua negara dan pastinya misi dan matlamat utama Penubuhan Vikings Futsal dapat disampaikan kepada ahli-ahlinya. Kepada jawatankuasa yang terlibat terima kasih diucapkan diatas kerjasama anda dan kepada Vikings Futsal Australia terima kasih diatas kunjungan anda.

VIKINGS AUSTRALIA GIRLS MALAYSIA TOUR 2011


Kuala Lumpur - Pada 28 November hingga 4 Disember lalu seramai 33 orang pemain, pegawai dan penyokong dari Vikings Futsal Australia telah mengadakan siri lawatan nya ke Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara kedua-dua negara dalam mengembangkan sukan futsal. Kehadiran mereka juga turut mencakupi lawatan ke Menara Berkembar Petronas KLCC, Menara KL, Taman Cahaya I-City, Batu Cave serta Suria KLCC.

Lawatan ini juga digunakan sebaik yang mungkin untuk mereka beraksi dengan pasukan futsal tempatan seperti Pasic KL, MPSJ FC dan Selangor. Hasil daripada pertemuan ini skuad Australia berjaya menewaskan skuad Pasic KL menerusi 2 perlawanan, tewas kepada MPSJ FC dan Selangor dimana skuad Australia ini dibarisi pemain berumur dari 10 tahun hingga 15 tahun. Walaupun tewas mereka tetap berpuashati dengan kesemua perlawanan yang diadakan dan berharap mereka akan kembali semula ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pasukan futsal tempatan.

Vikings Futsal Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Vikings Futsal Australia kerana sudi datang ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan ilmu dan mesej kepada peminat-peminat sukan futsal di Malaysia.

2 BAKAT CILIK BAKAL MENYERTAI LATIHAN DI VIKINGS FUTSAL AUSTRALIA DISEMBER 2012


BIODATA

Mohd Haikal Bin Ismail

27 April 2011

10 Tahun

Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 2, 85009 Segamat, JOHOR DARUL TAKZIM





BIODATA

Abdul Fadlihisham Bin abdul Hamid

30 April 2011

10 Tahun

Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1, 85009 Segamat, JOHOR DARUL TAKZIM







Kuala Lumpur - 2 orang bakat cilik bakal menyertai Latihan Intensif di Brisbane, Australia bersama dengan jurulatih khas bagi meningkatkan lagi mutu permainan mereka. Mereka adalah Adik Haikal dan Hisham yang bakat mereka telah dilihat ketika menyertai klinik futsal yang diadakan sebelum ini. Mereka berdua kini berusia 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1 & 2, Segamat Johor dan mereka kini dilatih oleh En. Rashid dan En. Pitah yang mana mereka ini adalah merupakan jurulatih dibawah kendalian Vikings Futsal Malaysia.

Dengan adanya pendedahan seperti ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pelatih dan jurulatih menimba ilmu di negara-negara gabungan Vikings Futsal diseluruh dunia. Pelatih ini akan berada selama 7 hari di Australia bagi menjalani sesi latihan dan menyertai beberapa siri perlawanan yang bakal diadakan sepanjang berada di Australia nanti.

Tahniah buat adik Haikal dan Hisham serta terima kasih buat En. Rashid dan En. Pitah dari Sinergi Soccer Academy, Segamat Johor Darul Takzim.

VIKINGS FUTSAL MALAYSIA & SINERGI SOCCER ACADEMY FUTSAL CLINIC





Segamat, Johor - Bertempat di Felda Pemanis 2, Segamat, Johor Vikings Futsal Malaysia dan Sinergi Soccer Academy telah mengadakan klinik futsal untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan kebawah. Klinik ini disertai seramai 22 orang yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Pemanis 2. Pelbagai aspek di ajar kepada para pelatih sepanjang 2 hari klinik dianjurkan bermula pada 19 hingga 20 Disember lalu.

Aktiviti seperti ini akan diteruskan dalam menyampaikan mesej berkaitan sukan futsal di kawasan pedalaman agar mereka juga tidak ketinggalan dalam pembangunan sukan futsal di Malaysia. Bagi penganjuran di masa akan datang ianya akan diadakan disetiap daerah dan negeri agar program seperti ini akan dapat di nikmati oleh setiap kanak-kanak di Malaysia disamping mencari bakat-bakat baru untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih baik.

Vikings Futsal Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sinergi Soccer Academy, Segamat, Johor yang telah sudi bersama-sama menjayakan program ini.

-Love This Futsal-