course

PELUANG MENJADI PENGADIL BOLASEPAK & FUTSAL

Kuala Lumpur : VFM membuka peluang kepada ahli gabungan untuk menyertai ujian penilaian pengadil bertauliah yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor dan Persatuan Bolasepak Malaysia pada Oktober depan. Kepada mereka yang terpilih dan lulus cemerlang dalam ujian ini akan berpeluang mengadili perlawanan Liga Bolasepak Selangor atau FAM sepanjang musim 2013.
 
 
Ini adalah merupakan ruang dan peluang bagi ahli gabungan VFM untuk mengembangkan lagi bakat dalam bidang sukan bolasepak dan futsal. Peluang seperti ini harus dimanfaatkan agar mereka yang berkelayakan dan berminat boleh menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan bolasepak dan futsal negara. Persediaan rapi harus bermula daripada sekarang kerana setiap peserta bakal menjalani latihan kecergasan, praktikal dan teori bagi menjamin kualiti dan mutu seseorang pengadil itu memenuhi kretiria yang diperlukan.

Bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dengan menyertakan emel ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my sebelum atau pada 20 September 2012. Umur bagi mereka yang layak adalah 35 tahun dan kebawah mesti sehat tubuh badan serta tiada penyakit kronik.