course

PELUANG MENYERTAI KURSUS ANJURAN PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR DAN FAM

KURSUS PENGADIL BOLASEPAK

Kursus Pengadil Awalan (untuk mereka yang berminat untuk menjadi seorang pengadil bolasepak) akan di adakan mulai 5hb. hingga 9hb. November 2012 jam 8.00 hingga 11.00 malam di Pejabat Persatuan Bolasepak Selangor, Tingkat 2-27, Yayasan FAS Business Avenue, Kelana Jaya, Petaling Jaya. Yuran kursus adalah RM 80.00. Mereka yang berminat, sila dapatkan borang dan daftar di Pejabat Persatuan Bolasepak Selangor sebelum 31.10.2012. Terima kasih.

KURSUS KEJURULATIHAN AFC LESEN C (BOLASEPAK)

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Jurulatih Lesen C, boleh memohon dari sekarang. Kursus akan diadakan selama 2 minggu pada bulan November 2012 (lepas cuti awal Muharam). Yuran RM600.00. Hanya 25 orang peserta saja akan mengikuti kursus ini. Tujoh (7) peserta telah sahkan penyertaannya. Terima kasih.

Sebarang maklumat lanjut sila emelkan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my