course

KARNIVAL FUTSAL MELAKA 2014 SEMPENA PIALA ASIA BAWAH 23 TAHUN


KARNIVAL FUTSAL MELAKA 2014
Sempena Kejohanan Futsal Piala Asia Bawah 23 Tahun
5 - 13 April
Kompleks Sukan Komuniti Krubong
Melaka Bandaraya Bersejarah

MFS dengan kerjasama Melaka Futsal De Sala serta Jabatan Belia dan Sukan, Negeri Melaka akan menganjurkan Karnival Futsal Melaka 2014 yang turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Melaka menerusi Exco Pembangunan Sukan dan Kesihatan yang di pengerusikan oleh YB Datuk Ab Rahaman Ab Karim. Penganjuran karnival ini adalah bersempena dengan Kejohanan Futsal Piala Asia Bawah 23 tahun yang akan diadakan pada 5 - 13 April disertai negara gabungan Konfederasi Asia Futsal (CAFS) iaitu Malaysia, Republic of China, Singapore, India dan Korea Selatan.


Pelbagai aktiviti dan program akan diadakan sepanjang karnival ini diadakan bagi tujuan memeriahkan lagi kejohanan tersebut dan diilhamkan sendiri oleh YB Datuk Ab Rahaman. Antara pengisian karnival ini adalah penganjuran Futsal Piala Ketua Menteri Melaka pada 5 - 6 April diikuti futsal jalanan, taman permainan kanak-kanak, Battle Band of The Band, karaoke, jualan produk dan pameran, sukan ekstrim, pertandingan freestyler, demontrasi dan pertunjukan oleh agensi kerajaan serta banyak lagi.


Tempahan gerai kini telah dibuka bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan atau mempamer produk perniagaan yang berkaitan dengan konsep karnival. Keluasan ruang gerai dan pameran adalah 20 kaki persegi kali 20kaki persegi. Penganjur juga telah menetapkan bahawa setiap permohonan gerai adalah tertakluk kepada satu jenis perniagaan sahaja bagi mengelakkan daripada peniaga mengalami kerugian. Penganjur mensasarkan sebanyak 50 ruang niaga yang akan ditawarkan kepada peniaga.


Fokus perniagaan utama adalah seperti produk sukan yang berkaitan dengan futsal, makanan kesihatan, minuman kesihatan, peralatan dan aksesori sukan, produk perlancongan, produk kraftangan, produk IKS, perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekal gelanggang futsal. Produk barangan sukan berjenama tidak akan diberikan kepada umum disebabkan atas permintaan pihak penaja utama kejohanan iaitu Admiral Malaysia namun peniaga masih boleh menjual produk sukan tempatan seperti jersi pasukan negeri.


Penganjur juga akan menyiarkan iklan berbayar dan bekerjasama dengan RTM, Melaka FM, Melaka Hari Ini dan Kosmo untuk tujuan promosi sebelum dan semasa karnival berlangsung. 100 keping bunting dan 50 kain rentang akan dipamerkan dikawasan tertentu bagi tujuan mempromosikan kepada umum. Penganjur mensasarkan untuk tempoh karnival kutipan jualan kasar keseluruhan adalah sebanyak RM250,000 - RM500,00 berdasarkan kepada penilaian hasil jualan harian sekitar RM5,000 - RM10,000 sehari untuk 50 penggerai.


Kepada mereka yang berminat membuat tempahan boleh menghubungi talian 010 - 514 5863 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Permohonan tempahan akan ditutup pada 28 Mac 2014 dan penyediaan tapak karnival akan bermula pada 2 April 2014. Permohonan juga boleh dibuat melalui emel futsalmalaysian@gmail.com atau layari http://malaysiafutsal.webs.com untuk makluman lanjut.