PELUANG MENYERTAI KURSUS AWALAN BOLASEPAK FAS/FAM 2012
Kuala Lumpur : VFM membuka peluang kepada ahlinya di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak dan Sabah untuk menyertai kursus ini yang akan dikendalikan oleh Persatuan Bolasepak Selangor dan Persatuan Bolasepak Malaysia. Kursus ini dijangka akan diadakan pada 15, 16, 22 dan 23 September depan yang bakal disertai seramai 25 orang sahaja. Manakala Ketua Jurulatih Sime Darby FC Ismail Zakaria akan mengendalikan kursus selama 4 hari ini bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Ini adalah merupakan peluang terbaik buat ahli VFM untuk merencana masa depan dalam sukan futsal khususnya serta meningkatkan lagi prestasi diri dalam melatih pemain di peringkat akademi, sekolah, daerah dan kelab. VFM sentiasa memacu ahli-ahlinya maju kehadapan dan ini adalah merupakan misi serta visi VFM berada di Malaysia untuk melahirkan lebih ramai jurulatih terlatih seiring dengan melatih bakat-bakat cilik dengan cara yang betul serta diiktiraf. Kepada mereka yang berminat menyertai kursus ini sila emelkan permohonan anda ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my pada atau sebelum 15 Jun depan sebagai menjamin tempat memandangkan ianya adalah terhad kepada 25 orang peserta sahaja.
KURSUS ASAS TEKNIK FUTSAL PADA 17 JUN DEPAN
Kuala Lumpur - VFM akan menganjurkan Kursus Asas Teknik Futsal pada 17 Jun depan dan mensasarkan seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada golongan warga belia yang berminat dalam sukan futsal. Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta mendalami serta berkongsi maklumat berkaitan teknik asas futsal yang terkini digunakan di negara-negara yang terkenal dengan sukan futsal seperti Brazil dan Sepanyol. Dengan adanya penganjuran seperti ini sedikit sebanyak dapat dipraktik kan didalam sesi latihan atau meningkatkan lagi mutu permainan seseorang.
Kepada yang berminat mereka boleh mengisi borang yang disediakan dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 Jun. Yuran yang dikenakan pada peserta adalah serendah RM80.00 untuk seorang dan setiap peserta akan dibekalkan Baju-T, Modul Kursus dan Sijil Penyertaan. Maklumat lanjut sila hubungi 0197420122 (Faizul Ali Anui) atau emelkan sebarang pertanyaan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my
PENCARIAN PEMAIN UNTUK FC VIKINGS KINI BERMULA
Kuala Lumpur : FC Vikings kini sedang membuka peluang kepada ahli individu/kelab dan juga kepada bukan ahli untuk menyertai skuad BOLASEPAK bagi penyertaan ke Liga Bolasepak Selangor 2012/2013. Penyertaan adalah terbuka kepada pemain yang berumur 18 - 25 ...tahun. Syarat utama penyertaan adalah KOMITED.DISIPLIN.KOMITMEN dimana setiap pemain perlu bersedia menyumbang tenaga dan masa 100% dalam mencapai misi dan visi menyertai Liga Bolasepak Selangor. Untuk maklumat lanjut sila emelkan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my
Penyertaan dibuka sekarang sehingga 15 Jun 2012.
Penyertaan dibuka sekarang sehingga 15 Jun 2012.
FC VIKINGS TELAH DIDAFTARKAN DIBAWAH PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA
Kuala Lumpur : VFM kini sedang bergerak maju kehadapan dalam merialiasikan impianya menyertai kejohanan-kejohanan bolasepak dan futsal anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Persatuan Bolasepak Negeri. Dengan tertubuhkan kelab ini peluang ahli-ahli VFM untuk mengembangkan bakat mereka diperluaskan lagi agar mereka dapat memnuhi segala impian yang di impikan sebelum ini. VFM amat perihatan dengan ahli-ahli nya untuk sama-sama maju kehadapan bertujuan memajukan sukan itu sendiri. Sebagai langkah permulaan sesi pemilihan pemain akan dilakukan sepanjang Mei dan Jun ini sebagai persiapan pasukan menyertai Liga Bolasepak Selangor 2012/2013 serta Pusingan Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan 2012/2013. Peluang kini sudah terbuka luas buat ahli-ahlinya mempersiapkan diri sebelum menyertai 2 kejohanan yang bakal disertai kelak.
RHYL FC, WALES LANTIK FAIZUL ALI ANUI SEBAGAI DUTA KELAB
Rhyl, Wales - Rhyl FC secara rasminya melantik En. Faizul Ali Anui (CEO VFM) sebagai Duta kelab berkuatkuasa 24 April lalu ketika kunjungan beliau ke Rhyl, Wales. Perlantikan ini adalah berdasarkan kepada Komitmen beliau sepanjang mengendalikan Vikings Futsal di Malaysia sejak 2009 dengan mengadakan pelbagai aktiviti serta program ini termasuklah Kejurulatihan, Pengadil serta Kejohanan diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.
Presiden VIFA Mr. Alistair Miller telah mencadangkan kepada pemilik serta ahli lembaga pengarah Rhyl FC untuk melantik beliau sebagai Duta kelab kerana menepati kretiria yang diperlukan kelab berkenaan untuk bergerak seiring dengan kelab-kelab ternama samadada di Wales mahupun di UK. "Peranan sebagai Duta kelab sudah pasti suatu tugas yang amat berat yang perlu di pikul kerana bukan mudah untuk seseorang itu di anugerahkan sebagai Duta. Saya percaya pihak kelab mempunyai misi nya tersendiri dengan perlantikan saya ini dan saya akan gunakan segala pengalaman yang ada untuk membantu kelab dari sudut promosi dan pencarian bakat." kata Faizul Ali Anui.
Penganugerahan beliau dilakukan dihadapan ratusan peminat setia Rhyl FC sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir North Wales Cup bertemu Bongor FC yang menduduki tempat kedua di Liga Perdana Wales. Sijil disampaikan Pengurus Rhyl FC Mr Greg Strong di stadium keramat Belle Vue.
SIRI LATIHAN ELIT DI UK & WALES BERJAYA
London - Peluang yang dimiliki oleh En. Faizul Ali Anui (CEO VFM) digunakan sepenuhnya sepanjang beliau berada di United Kingdom selama 3 minggu bersama-sama dengan skuad Vikings Australia U14. Beliau mengendalikan skuad lelaki bagi menyertai beberapa siri perlawanan futsal dan bolasepak disamping berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa kelab ternama BPL antaranya Manchester United, Liverpool, Manchester City Academy, Everton dan Bolton.
"Saya cukup teruja dan berpuas hati untuk siri kali ini dimana banyak ilmu dan pengajaran saya perolehi sepanjang berada disini. Yang penting waktu ini adalah belajar bagaimana kelab-kelab disini mentadbir dari aspek pengurusan, kewangan, stadium, akademi dan sebagainya untuk menjadi lebih hebat dan ternama dalam melahirkan kualiti terbaik pada setiap perlawanan liga disini." ulas Faizul Ali Anui.
Peluang kini sudah terbuka luas buat ahli-ahli VFM untuk bergerak lebih jauh serta berpeluang untuk mendekati kelab-kelab ternama BPL dengan dekat menerusi siri Latihan dan Lawatan ke UK & Wales pada April 2013.
SEMINAR FISIOTERAPI DAN PEMULIHAN
Kuala Lumpur : VFM dengan kerjasama Great Life akan mengadakan satu seminar khusus berkaitan rawatan kecederaan dan pemulihan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 3 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Bilik Seminar, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling
Kompleks Rakan Muda Puchong
Yuran : Ahli VFM : RM60.00 Bukan Ahli VFM : RM100.00
(Setiap peserta akan dibekalkan dengan Plinth, Rigid Tape, Kinesiology Tape, Tool Box, Sijil Penyertaan)
Tajuk : PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN DARIPADA ASPEK FISIOTERAPI
i) Pengenalan Kepada Kecederaan Sukan
ii) Langkah-Langkah Mengelakkan Kecederaan Sukaniii) Rawatan Awal
iv) Penggunaan Tapping : Rigid Tape dan Kinesiology Tape
v) Persedian ‘Tool Box-Medic Stuff’
vi) Demontrasi dan Praktikal
Dengan adanya penganjuran seminar seperti ini sedikit sebanyak peserta dapat menimba ilmu berkaitan pencegahan dan bentuk rawatan kecederaan yang dialami. Seminar ini terbuka kepada ahli dan bukan ahli VFM yang berumur 18 tahun dan keatas. Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang peserta terawal sahaja yang akan diberi keutamaan bagi tujuan memastikan ilmu yang disampaikan oleh instruktor dapat difahami dengan jelas. Bagi mereka yang berminat menyertai seminar ini boleh menghubungi talian +60197420122 atau emelkan permohonan anda kepada vikingsmalaysia@yahoo.com.my. Penyertaan dibuka sekarang dan tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran adalah pada atau sebelum 1 MAC 2012 (KHAMIS) jam 4.00 petang.
VFM DAN GREAT LIFE PHYSIO AND REHABILITATION CAPAI KATA SEPAKAT
Kuala Lumpur - VFM dan Great Life Physio And Rehabilitation temui kata sepakat apabila akan menjalinkan hubungan kerjasama dalam bidang rawatan kecederaan da fisioterapi. Dengan adanya hubungan kedua-dua organisasi ini ianya dapat membuka lembaran baru kepada ahli-ahli VFM untuk mendapatkan rawatan kecederaan dan fisio tidak kira samada ketika menyertai kejohanan futsal atau semasa menjalani latihan.
Great Life Physio And Rehabilitation (Great Life) akan terlibat secara langsung dalam memastikan ahli-ahli VFM mendapat rawatan kecederaan yang secukupnya bagi memastikan mereka ini dapat dipulihkan kembali seperti sediakala degan beberapa siri rawatan yang akan dilalui oleh pemain tersebut berdasarkan taap kecederaan yang dialami. Disamping itu juga, beberapa siri Kursus dan Seminar berkaitan Fisio dan Rawatan akan diadakan bagi tujuan untuk mendidik, melatih dan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan dalam merawat kecedaraan serta menghindarinya daripada berulang.
VFM juga ingin menyatakan disini bahawa Great Life akan menjadi Klinik Panel bagi ahli-ahli VFM mendapatkan rawatan kecederaan dengan hanya RM30 untuk setiap kali mendaptkan rawatan di Great Life serta potongan harga 10% dengan setiap pembelian ubatan dan peralatan pemulihan kecederaan. Kelayakan ini hanya diberikan kepada ahli-ahli Individu dan Kelab VFM yang berdaftar secara sah untuk tahun 2012. Untuk mendapatkan rawatan dan fisio di Great Life mereka boleh datang terus ke klinik dialamat NW 0303A COVA SQUARES, JALAN TEKNOLOGI, PJU 5, KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA. Sebarang maklumat lanjut berkaitan rawatan ini sila hubungi VFM ditalian 019-7420122 atau emelkan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my.
VFM SARAWAK FUTSAL LEAGUE 2012
KUCHING: The highly anticipated Vikings Futsal league is expected to kick-start in Miri in March this year with Mukah hosting in June and Kuching in September. “The league to be organised in Miri, Mukah and Kuching is directly affiliated with Vikings Futsal International.Vikings Futsal is unique and different as it has its own system and game play rules which is in line with the World Futsal Association,” informed Vikings Sports Management chief operations officer Awang Zaifulizan Abdul Rahman to The Borneo Post yesterday.“Vikings Futsal had its own coaching and refreeing course and interested parties can contact us directly to know more about the league. We have already received inquiries by interested teams on the ruling and eligibility for players before the start of the league. Vikings Futsal is strictly for members of the associationand the door is always open for interested clubs and teams to join the league,” revealed Awang Zaifulizan.
Vikings Futsal have around 600 players in the league with six affiliated clubs across the state.
He later praised Football Association Sarawak (FAS) for their efforts to promote football and futsal in the state and added that the presence of Vikings Futsal in the state is merely in an effort to add excitement to the football scene.
Those interested to participate in the Vikings Futsal league can visit Vikingsmalaysia.blogspot.com or facebook.com/vikingsmalaysia.
SESI LATIHAN PEMAIN KINI BERMULA
PERHATIAN !!
Notis pemberitahuan bahawa VFM akan mengadakan sesi latihan pemain U20 Lelaki bagi menyertai kejohanan VIKINGS INTERNATIONAL CLUB CHALLENGE 2012 pada 24 - 28 Oktober depan bertempat di Redlynch Stadium, Cairns, Australia. Pemain yang layak menyertai sesi latihan ini adalah di kalangan ahli-ahli Individu dan Kelab yang berdaftar secara sah bagi tahun 2012. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung ditalian 019-7420122 atau emel ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my
TARIKH : 17, 18, 19, 24, 25 & 26 FEBRUARI 2012
MASA : Sesi I (08:00 – 11:00) Sesi II (15:00 – 18:00)
LOKASI : Matsushita Indoor Stadium, Shah Alam
Pemain akan dilatih seramai 4 orang tenaga jurulatih bagi mempastikan setiap jurulatih dapat memberi fokus yang baik ketika sesi laihan kelak. Mereka ini terdiri daripada jurulatih yang diiktiraf oleh Asian Football Federation (AFC), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Vikings International Futsal Association (VIFA), Australia serta mereka ini juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan futsal. Pemain aka menjalani beberapa bentuk siri latihan seperti asas futsal, teknik bermain futsal, meningkatkan tahap kecergasan, menguatkan fizikal serta mental pemain sebagai persediaan awal sebelum menyertai kejohanan.

AFF FUTSAL CHAMPIONSHIP 2012 : Malaysia drawn in Group A
AFF Futsal Championship 2012
Malaysia men’s futsal team will play in Group A with Vietnam, Cambodia, Myanmar and the Philippines at the AFF Futsal Championship 2012, scheduled to take place in Bangkok, Thailand, from April 17-22.
According to a recent draw held in Kuala Lumpur, Malaysia, by the ASEAN Football Federation (AFF), Group B comprises Thailand, Indonesia, East Timor Leste and Brunei.
In Group A, Malaysia face no strong rivals like those from Thailand and Indonesia, who usually secure top places at the AFF tourney.
The nine teams from Southeast Asia will compete in a round robin format to select the top two teams in each group for the next knock-out round.
AFF Women’s Futsal Championship 2012
The AFF also announced the results of the draw for the AFF Women’s Futsal Championship 2012, to be hosted by Ho Chi Minh City from September 12-22.
Accordingly, Vietnam joins Myanmar, Singapore and the Philippines in Group A, while Thailand, Laos, Indonesia and Malaysia are in Group B.
In another development, Malaysia national futsal team has convened for training soon to prepare for the qualifying round of the Asian Football Confederation (AFC) Futsal Championship 2012, which will be held in Bangkok, Thailand, from February 12-26. At this tournament, Malaysia will compete against Australia, Vietnam and Cambodia in Group B.

Subscribe to:
Posts (Atom)