course

KEJOHANAN FUTSAL VIKINGS KELANTAN 2012



Kota Bharu - Vikings Futsal Malaysia menerusi syarikat Vikings MY Futsal Management Cawangan Kelantan  akan menganjurkan kejohanan futsal bagi kategori bawah 12 tahun, 17 tahun dan wanita terbuka pada 24 dan 25 Februari depan yang bakal disertai sebanyak 12 pasukan bagi setiap kategori. Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk mempromosikan program keahlian dan juga aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2012 oleh VFM khususnya di negeri Kelantan.

Sehubungan dengan itu juga VFM akan membuat pemilihan pemain bagi mewakili VFM Kelantan untuk menyertai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang akan dianjurkan oleh Vikings Futsal Malaysia dan juga Vikings Futsal Association Incoperated, Brisbane Australia sepanjang tahun 2012 bermula dari umur 8 tahun hingga 20 tahun. Keistimewaan pada kali ini adalah penyertaan terbuka untuk Lelaki dan Wanita dimana ini adalah merupakan visi serti misi Vikings futsal berada di Malaysia agar pembangunan sukan futsal dapat disertai semua peringkat umur lelaki dan wanita.

Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu negara dan Kelantan khususnya melahirkan bakat-bakat yang boleh diketengahkan di masa akan datang. Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejohanan, mereka yang berminat boleh menghubungi nombor yang tertera atau emelkan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my untuk pendaftaran pasukan.