course

VFM BAKAL MEMPERTARUHKAN SKUAD U19 KE CAIRNS, AUSTRALIA OKTOBER DEPAN


Kuala Lumpur - VFM mengesahkan akan menyertai FUTSAL INTERNATIONAL CLUB CHALLENGE yang dijadual akan berlangsung pada 25 - 28 Oktober depan di Redlynch Stadium, Cairns, Australia. Pada edisi sulung kejohanan kelab dari Jepun, FC Kobe berjaya merangkul kejuaraan dengan membawa pulang hadiah wang tunai AUD$10,000 beserta piala kejohanan. Namun tahun 2011 adalah tahun malang buat FC Kobe apabila gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi sebuah kelab dari Australia.

Ini adalah peluang terbaik untuk VFM mencuba nasib pada kejohanan ini yang dikhabarkan disertai kelab-kelab terbaik dari Argentina, Jepun, Australia dan New Zealand.  Segala persediaan akan diaturkan selepas ini memandangkan pemilihan pemain akan dibuat pada 15 Januari ini menerusi Liga Super Vikings Malaysia 2012 yang disertai sebanyak 7 kelab gabungan VFM dari Kuala Lumpur, Kelantan, Johor dan Selangor. Antara jawatankuasa pengurusan pasukan adalah seperti berikut :

MANAGER        : MR. AWANG ZAIFULIZAN ABDUL RAHMAN
HEAD COACH  : FAIZUL ALI ANUI
ASST COACH 1 : MOHD FANDI ALI MOHD
ASST COACH 2 : SHAHIR MOHD NOR
ASST COACH 3 : SAIFUL AZUWAN
TECHNICAL      : ABDUL RAHMAN
MEDIA TEAM   : NORHANA MOHD ARSHAD / IFTITAH

Dengan adanya barisan pegawai pasukan yang mantap ini sedikit sebanyak dapat menaikan lagi semangat pemain untuk meraih tempat yang terbaik pada kejohanan ini. Seramai 25 orang pemain akan dipilih untuk menyertai kem latihan disamping menyertai kejohanan futsal tempatan seperti Liga Futsal Entra yang bakal bermula pada Februari nanti sebagai medan latihan pasukan.