course

SEMINAR FISIOTERAPI DAN PEMULIHAN

Kuala Lumpur : VFM dengan kerjasama Great Life akan mengadakan satu seminar khusus berkaitan rawatan kecederaan dan pemulihan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh     : 3 Mac 2012 (Sabtu)
Masa       : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi     : Bilik Seminar, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling
                  Kompleks Rakan Muda Puchong
Yuran      : Ahli VFM : RM60.00      Bukan Ahli VFM : RM100.00
(Setiap peserta akan dibekalkan dengan Plinth,  Rigid Tape, Kinesiology Tape, Tool Box, Sijil Penyertaan)

Tajuk      : PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN DARIPADA ASPEK FISIOTERAPI
                
                  i)          Pengenalan Kepada Kecederaan Sukan
                  ii)         Langkah-Langkah Mengelakkan Kecederaan Sukan
                  iii)        Rawatan Awal
                  iv)        Penggunaan Tapping : Rigid Tape dan Kinesiology Tape
                   v)        Persedian ‘Tool Box-Medic Stuff’
                  vi)        Demontrasi dan Praktikal

Dengan adanya penganjuran seminar seperti ini sedikit sebanyak peserta dapat menimba ilmu berkaitan pencegahan dan bentuk rawatan kecederaan yang dialami. Seminar ini terbuka kepada ahli dan bukan ahli VFM yang berumur 18 tahun dan keatas. Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang peserta terawal sahaja yang akan diberi keutamaan bagi tujuan memastikan ilmu yang disampaikan oleh instruktor dapat difahami dengan jelas. Bagi mereka yang berminat menyertai seminar ini boleh menghubungi talian +60197420122 atau emelkan permohonan anda kepada vikingsmalaysia@yahoo.com.my. Penyertaan dibuka sekarang dan tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran adalah pada atau sebelum 1 MAC 2012 (KHAMIS) jam 4.00 petang.