course

SESI LATIHAN PEMAIN KINI BERMULA

PERHATIAN !!

Notis pemberitahuan bahawa VFM akan mengadakan sesi latihan pemain U20 Lelaki bagi menyertai kejohanan VIKINGS INTERNATIONAL CLUB CHALLENGE 2012 pada 24 - 28 Oktober depan bertempat di Redlynch Stadium, Cairns, Australia. Pemain yang layak menyertai sesi latihan ini adalah di kalangan ahli-ahli Individu dan Kelab yang berdaftar secara sah bagi tahun 2012. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung ditalian 019-7420122 atau emel ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my

TARIKH : 17, 18, 19, 24, 25 & 26 FEBRUARI 2012
MASA    : Sesi I (08:00 – 11:00) Sesi II (15:00 – 18:00)
LOKASI : Matsushita Indoor Stadium, Shah Alam

Pemain akan dilatih seramai 4 orang tenaga jurulatih bagi mempastikan setiap jurulatih dapat memberi fokus yang baik ketika sesi laihan kelak. Mereka ini terdiri daripada jurulatih yang diiktiraf oleh Asian Football Federation (AFC), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Vikings International Futsal Association (VIFA), Australia serta mereka ini juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan futsal. Pemain aka menjalani beberapa bentuk siri latihan seperti asas futsal, teknik bermain futsal, meningkatkan tahap kecergasan, menguatkan fizikal serta mental pemain sebagai persediaan awal sebelum menyertai kejohanan.