course

VFM DAN GREAT LIFE PHYSIO AND REHABILITATION CAPAI KATA SEPAKAT

Kuala Lumpur - VFM dan Great Life Physio And Rehabilitation temui kata sepakat apabila akan menjalinkan hubungan kerjasama dalam bidang rawatan kecederaan da fisioterapi. Dengan adanya hubungan kedua-dua organisasi ini ianya dapat membuka lembaran baru kepada ahli-ahli VFM untuk mendapatkan rawatan kecederaan dan fisio tidak kira samada ketika menyertai kejohanan futsal atau semasa menjalani latihan.

Great Life Physio And Rehabilitation (Great Life) akan terlibat secara langsung dalam memastikan ahli-ahli VFM mendapat rawatan kecederaan yang secukupnya bagi memastikan mereka ini dapat dipulihkan kembali seperti sediakala degan beberapa siri rawatan yang akan dilalui oleh pemain tersebut berdasarkan taap kecederaan yang dialami. Disamping itu juga, beberapa siri Kursus dan Seminar berkaitan Fisio dan Rawatan akan diadakan bagi tujuan untuk mendidik, melatih dan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan dalam merawat kecedaraan serta menghindarinya daripada berulang.

VFM juga ingin menyatakan disini bahawa Great Life akan menjadi Klinik Panel bagi ahli-ahli VFM mendapatkan rawatan kecederaan dengan hanya RM30 untuk setiap kali mendaptkan rawatan di Great Life serta potongan harga 10% dengan setiap pembelian ubatan dan peralatan pemulihan kecederaan. Kelayakan ini hanya diberikan kepada ahli-ahli Individu dan Kelab VFM yang berdaftar secara sah untuk tahun 2012. Untuk mendapatkan rawatan dan fisio di Great Life mereka boleh datang terus ke klinik dialamat   NW 0303A COVA SQUARES, JALAN TEKNOLOGI, PJU 5, KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA. Sebarang maklumat lanjut berkaitan rawatan ini sila hubungi VFM ditalian 019-7420122 atau emelkan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my.