course

MFS ACADEMY CUP : 16 - 18 NOV 2013

BERITA TERKINI : MFS ANJUR FUTSAL PIALA AKADEMI

MFS akan menganjurkan Futsal Piala Akademi yang melibatkan kategori umur U8/U10/U12/U14 serta U16 lelaki dan perempuan. Kejohanan ini akan diadakan pada 16, 17 & 18 November depan dengan menyasarkan seramai 120 orang peserta.

Setiap pemain akan diberikan latihan khusus bersama jurulatih bertauliah MFS sebelum bermulanya saingan merebut Piala Akademi. Beberapa orang pemain terbaik akan dipilih bagi mewakili MFS ke kejohanan futsal di Australia bagi tahun 2014 dan kesemua pemain akan diberi peluang mengikuti latihan dibawah kendalian jurulatih Persatuan Futsal Asutralia.

Peluang adalah terbuka kepada individu yang berminat serta akademi dan kelab. Sebarang maklumat lanjut berkaitan kejohanan boleh emelkan ke futsalmalaysian@gmail.com sebelum tarikh akhir pendaftaran.