course

SEKOLAH FUTSAL MFS PENDAFTARAN KINI DIBUKA / MFS FUTSAL SCHOOL OPEN FOR REGISTRATION


Malaysia Futsal Associate (MFS) kini membuka peluang kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun untuk mendaftar sebagai pelatih Sekolah Futsal MFS bermula November 2013. Setiap pelatih akan diberi latihan secara teori (kelas) dan praktikal sepanjang sesi serta menyertai kejohanan serta lawatan dalam negara mahupun luar negara.

Sekolah Futsal MFS juga membuka peluang kepada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13 tahun hingga 18 tahun mengikuti sesi pembelajaran. Sesi latihan bagi remaja amat berbeza kerana latihan yang diberikan lebih tertumpu kepada aspek peralihan menjadi seorang pemain berprestasi tinggi serta berpeluang mewakili Malaysia ke kejohanan antarabangsa.

MFS akan menyediakan tenaga pengajar berpengalaman luas dan bertauliah yang diiktiraf oleh MFS, Konfederasi Futsal Asia & Persatuan Futsal Dunia. Pelbagai modul latihan akan disediakan antaranya latihan asas, teknik, taktik, pembangunan fizikal, nutrisi, kecederaan sukan, psikologi, kemahiran individu, undang-undang futsal, kejohanan futsal serta latihan elit diluar negara.

Pelatih juga akan menerima faedah tambahan seperti Diskaun khas barangan sukan berjenama Admiral, set latihan, perlindungan insurans, buku dan dvd latihan serta lawatan menyaksikan perlawanan futsal.

Kepada ibubapa atau penjaga yang berminat mendaftar boleh hubungi 019-742-0122 atau emel futsalmalaysian@gmail.com. Pendaftaran & Hari Terbuka Sekolah Futsal MFS akan diadakan pada 9 hingga 10 November 2013 bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

*****************************************************************

Futsal Malaysia Associate ( MFS ) is open to boys and girls aged from 6 years to 12 years to register as a trainee MFS Futsal School from November 2013. Each trainee will receive training in theoretical ( classroom ) and practical throughout the session and participate in tournaments and tours in the country and abroad.

MFS Futsal Schools also provide opportunities for boys and girls aged 13 to 18 years of follow learning sessions . Training sessions for teenagers is very different because of the training given more focused on aspects of the transition into a high-performing players and the opportunity to represent Malaysia in international tournaments .

MFS will provide experienced instructors who are recognized and accredited by MFS , the Confederation of Asian & Futsal World Futsal Association . Various training modules will be available including basic training , technique , tactics, physical development , nutrition , sports injuries , psychological , individual skills , law futsal , futsal tournament and elite training overseas.

Trainees will also receive additional benefits such as special discounts Admiral branded sporting goods , set training , insurance , books and dvd training and futsal watching trip .


To parents or guardians who are interested in registering can contact 019-742-0122 or email MFS futsalmalaysian@gmail.com . Registration MFS Futsal School Open Day will be held from 9 to 10 November 2013 held in Kompleks Rakan Muda Puchong, Pejabat Belia & Sukan Daerah Petaling from 10.00 am to 6.00 pm.