course

6 PELATIH VFM MENYERTAI VIKINGS AUSTRALIA, MALAYSIA TOUR 2012

Kuala Lumpur - 6 orang pelatih telah menyertai siri lawatan antarabangsa Vikings Australia ke Malaysia baru-baru ini. Penyertaan mereka adalah bertujuan untuk mengenali dengan lebih rapat lagi rakan-rakan mereka dari Australia disamping menyertai siri perlawanan persahabatan. Hasil daripada program ini memberi impak yang positif kepada peserta kerana mereka perlu berkomunikasi dalam bahasa inggeris serta bertukar-tukar pandangan dan pendapat berkaitan sukan futsal di negara masing-masing. Program sebegini akan diteruskan pada November depan apabila VFM bercadang membawa pelatih nya menyertai siri perlawanan antarabangsa bersama Vikings Australia di Kuala Lumpur serta beberapa kelab di Dumai, Indonesia antaranya Wasaka FC. Program ini akan berlangsung selama 3 minggu bermula awal percutian sekolah pada November nanti.

BERJAYA : Rameo (Jurulatih VF Australia) bersama Mohd Faiz (Jurulatih VF Terengganu) pada Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan di The Aston Hotel, Nilai baru-baru ini