course

LAWATAN ANTARABANGSA VIKINGS FUTSAL AUSTRALIA KE MALAYSIA BERJAYA

Kuala Lumpur - Vikings Futsal terus mengadakan siri lawatan dan perlawanan antarabangsa nya  2 kali setahun ke Malaysia bertujuan untuk bertemu dengan ahli-ahli VFM di Malaysia serta melawati tempat-tempat menarik di Sarawak serta Kuala Lumpur. Program tahunan ini menjadi satu perkembangan yang amat membanggakan kerana warga Vikings Australia sentiasa menantikan saat untuk berkunjung ke Malaysia di ikuti dengan beberapa siri perlawanan persahabatan yang telah diaturkan oleh pengurusan VFM.

Hubungan 2 hala diantara Vikings Malaysia & Australia membuktikan bahawa jumlah penyertaan peserta dari Australia meningkat setiap tahun sejak 2010. Diharapkan agar program ini akan berterusan dan sudah pasti VFM akan mengadakan kunjungan balas mulai tahun 2013 ke Brisbane iaitu ibupejabat Vikings Futsal Australia.