course

KURSUS ASAS TEKNIK FUTSAL BAKAL DIADAKAN PADA 8 JULAI

Kuala Lumpur - VFM akan mengadakan kursus asas teknik futsal pada 8 Julai depan susulan daripada penganjurannya pada siri pertama yang lalu. Kursus ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan berkaitan teknik yang betul dalam membentuk pemain atau melatih pasukan. Melalui teknik yang betul akan memberikan impak yang positif dalam menyertai kejohanan yang bakal disertai pemain atau pasukan. Kursus ini akan diadakan dalam 2 sesi iaitu teori dan praktikal disamping berkongsi pengalaman serta pengetahuan dalam sukan futsal tempatan dan antarabangsa. Bagi mereka yang berminat menyertai kursus ini bayaran yang di kenakan adalah sebanyak RM100 seorang dimana peserta akan dibekalkan dengan baju-t dan modul latihan.

Kursus akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling. Antara topik yang akan di bentangkan adalah teknik passing, controlling, dribbling, heading dan goal keeping. Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi urusetia di talian 0197420122 atau emelkan ke vikingsmalaysia@yahoo.com.my.